PENGENALAN
Sebahagian besar pembiayaan kewangan dalam industri pembinaan adalah diperuntukkan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam. Sehubungan dengan ini khidmat dan kecekapan juruukur bahan telah diberi pengiktirafan untuk memberikan khidmatnya dalam bidang ini. Walau bagaimana pun tanggungjawab juruukur bahan adalah berbeza dibandingkan dengan kerja-kerja pembinaan bangunan secara tradisi kerana keperluan kerja kejuruteraan awam adalah berbeza. Perbezaan utama dalam kerja-kerja kejuruteraan awam ini dibandingkan dengan kerja-kerja binaan bangunan ialah kerja-kerja kejuruteraan awam biasanya adalah berskala besar seperti pembinaan lebuhraya, jambatan, empangan dan infrastruktur lain.
Kerja-kerja kejuruteraan awam pula adalah lebih berisiko tinggi. Diantaranya adalah seperti kerja-kerja penggalian yang melibatkan pemotongan tanah, pembinaan terowong dan kerja-kerja pembinaan didalam air yang melibatkan risiko yang tidak kelihatan dari semasa kesemasa. Pembinaannya juga hanya melibatkan bahan asas seperti konkrit dan besi tetulang. Oleh itu lukisan perincian adalah kurang disediakan. Kerja-kerja kejuruteraan awam ini juga biasanya melibatkan teknologi tinggi yang menggunakan peralatan mesin yang cangih.
Penggunaan Civil Engineering Standard Method of Measurement (CESMM)
Penglibatan kontraktor adalah sangat banyak terhadap kerja-kerja yang sedang dijalankan. Oleh itu terdapat bahagian didalam Civil Engineering Standard Method of Measurement (CESMM) yang membenarkan kontraktor diberi peruntukan istimewa dibawah Method Related Charges. Didalm kerja-kerja kejuruteraan awam ini kaedah pengukuran tidak menggunakan Standard Method of Measurements (SMMs), tetapi sebaliknya kaedah pengukurannya menggunakan Civil Engineering Standard Method of Measurement. Didalam CESMM ini terdapat perbezaan besar terutama sekali kearah pendekatan penggunaannya dan kaedah pengukuran yang digunakan menggunakan CESMM.
Bagi kerja-kerja kejuruteraan awam ini yang menggunakan syart-syarat kontrak seperti ICE, juruukur bahan tidak ada status resmi namun juruukur bahan tetap diperlukan. Ini adalah kerana juruukur bahan adalah merupakan salah satu proffesion yang tersendiri dan telah dilatih didalam jurusannya untuk memenuhi keperluan industri pembinaan.
Pengawalan Kos
Didalam kerja-kerja kejuruteraan awam, jestru itu terdapat beberapa ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai antaranya ialah tentang pengawalan kos dimana pengagihan perbelanjaan adalah diagihkan secara berhemat didalam sesuatu projek.Kaedah pengawalan kos hendaklah dikenal pasti supaya tindakan yang dibuat tidak memberi implikasi terhadap harga kontrak yang telah ditetapkan. Oleh itu seorang juruukur bahan hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, latihan dan pengalaman yang sesuai. Pengawalan kos ini mestilah dikawal dengan ketat terutamanya dalam ekonomi negara meleset, margin keuntungan adalah rendah dan keperluan untuk mendapatkan keuntungan adalah tinggi.
Juruukur bahan perlulah juga berupaya menggunakan kemahirannya supaya dapat memberi nasihat tentang harga sesuatu projek, saiz dan spesifikasi struktur pembinaan yang ekonomi, penyediaan perbelanjaan projek juga berganding bahu dengan Jurutera Awam supaya projek yang dilaksanakan dapat disiapkan dalam lingkungan perbelanjaan yang ditetapkan. Disamping itu Juruukur Bahan mestilah juga boleh menyediakan tender, dokumen kontrak dan menasihati tentang pemilihan kontraktor. Selain daripada itu kawalan kos semasa pembinaan dibuat hendaklah dilakukan dan Syarat-Syarat Kontrak difahami untuk menjaga kepentingan klien.
Juruukur Bahan perlulah juga ada pengetahuan tentang teknologi pembinaan kejuruteraan, pengukuran, ekonomi pembinaan, penilaian dan undang-undang yang berkaitan. Dari pengatahuan ini Juruukur Bahan dapat membahagikan perbelanjaan terhadap penyediaan Dokumen Kontrak, rekabentuk, penyediaan buruh, loji, bahan dan peralatan yang perlu. Dari sinilah element tentang kos, masa dan kualiti dapat dikawal melalui pengawalan kos. Dalam memenuhi keperluan ini dua komponen penting yang perlu dikawal ialah tempoh kerja dan sistem yang digunakan. Juruukur Bahan juga perlu berkeupayaan membuat dan menggunakan kemahiran yang ada padanya untuk menjayakan sesuatu projek.
Pengurusan Projek
Bagi kerja-kerja kejuruteraan, Jurutera adalah bertanggungjawab terhadap sesuatu rekabentuk. Juruukur Bahan pula mestilah boleh bertindak sebagai pengurus projek untuk menjaga kepentingan klien dan pihak-pihak yang terlibat dalam projek tersebut apatah lagi melibatkan projek yang besar dan rumit.
Juruukur Bahan perlulah mempunyai pengetahuan tentang faktor-faktor yang mempengaruhinya seperti teknologi terkini yang digunakan, dari segi ekonomi, pengekalan nilai-nilai estetik, masa dan pembahagian risiko pengurusan projek ini.Pengurusan keperluan klien dapat menghasilkan pembinaan yang cepat dan cekap. Pihak-pihak yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan ini adalah mempunyai tanggungjawab dan pengetahuan yang berbeza, yang menjurus kepada pembahagian tenaga kerja. Juruukur Bahan mestilah juga mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk mengkoordinasikan tenaga kerja untuk mencapai satu cara atau piawai kemahiran, hasil yang diperolehi, proses kerja, pengendalian dan sekiranya terdapat apa-apa perubahan.
Juruukur Bahan juga perlulah ada pengetahuan tentang sesebuah organisasi, proffesion, latar belakang kemahiran, firma-firma yang terlibat, kaedah-kaedah perundingan dan bertolak ansur. Ia juga mestilah mampu membuat sebarang keputusan dan penilaian tanpa bergantung kepada pihak-pihak tertentu. Mestilah juga berhati-hati dari segi tingkah laku dan kata-katanya adalah munasabah, bertindak secara rational dan mempunyai daya pemerhatian yang jelas terhadap sesuatu perkara. Permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dan bukanlah menyalahkan kepada pihak-pihak tertentu.
Kontrak Yang Digunakan
Oleh kerana kerja-kerja Kejuruteraan Awam ini melibatkan sejumlah wang yang banyak dan berisiko tinggi, maka ia melibatkan proses yang merumitkan apabila dinilai dari keperluan pembinaan dengan rekabentuk yang dicadangkan Juruukur Bahan perlulah mempunyai pengetahuan pengurusan kontrak yang berbagai-bagai jenis mengikut situasi, permasaalahan kerja-kerja kejuruteraan dan cara-cara mengatasinya.Pengetahuan tentang kepelbagaian kontrak samada kaedah tradisi atau pun kaedah-kaedah baru perlulah diketahui terutamanya bagaimanakah sesuatu jenis kontrak itu ddimplimentasikan. Perbandingan kebaikkan dan keburukkan menggunakan sesuatu jenis kontrak perlu diketahui supaya pilihan-pilihan lain dapat dipergunakan untuk menjayakan sesuatu projek dengan lebih cekap, terurus dan dalam jangka masa yang lebih cekap. Juruukur Bahan mestilah tahu membuat penilaian kenapa sesuatu kontrak itu digunakan, permasalahan yang timbul dari menggunakan sesuatu jenis kontrak tersebut dan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mempastikan keberkesanan penggunaannya.Keburukkan sesuatu kontrak juga perlu diketahui secara serius supay sesuatu sistem pengurusan itu boleh diperbaiki dan risiko dapat dikurangkan.Juruukur bahan perlulah juga berupaya memberi nasihat-nasihat kepada klien dan pihak-pihak tertentu menggunakan kaedah perundingan yang betul supaya terterapnya sikap saling percaya mempercayai untuk mempastikan kejayaan sesuatu projek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment