FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KOS KESELURUHAN PROJEK DAN KOS SETIAP ELEMENT
Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kos keseluruhan projek dan jumlah kos
pada setiap element bangunan.Diantara faktor-faktor tersebut ialah :-
JENIS BANGUNAN
Jenis-jenis bangunan ini diperlukan adalah mengikut permintaan klien.Bangunan-bangunan tersebut pula direkabentuk mengikut kehendak klien supaya bangunan tersebut dapat berfungsi,selamat dan selesa untuk digunakan.Faktor inilah seterusnya mempengaruhi keluasan lantai keseluruhan, circulation area, usable area, ancillary area dan ruang-ruang yang tiada kepungan dinding.Faktor-faktor inilah yang menentukan kos kerana setiap klien mahukan pulangan yang menguntungkan sepanjang tempoh hayat bangunan tersebut digunakan. Faktor lain yang diambil kira ialah pemilihan bahan bahan binaan dari segi kualiti,kuantiti dan factor kos bahan yang dipilih. Contohnya pembinaan Zoo negeri Melaka Yang mempunyai beberapa jenis bangunan atau ruang yang berlainan kegunaan seperti rumah tetamu,TNM Sub-station,mini safari, taman permainan kanak-kanak dan ruang-ruang lain-lain lagi.
LOKASI BANGUNAN
Faktor ini juga memainkan peranan penting dalam menentukan kos-kos.Sesetengah tempat boleh mendapatkan kos bahan binaan yang lebih murah kerana dengan adanya kilang pengeluaran bahan-bahan binaan tertentu. Ini seterusnya mempengaruhi kos penghantaran, pengganggkutan, pemunggahan dan kos buruh yang terlibat. Kedudukkan dan keadaan lokasi projek pembinaan di sesuatu kawasan yang terdapat sistem kemudahan lalulintas juga mempengaruhi kos kerana ia akan menentukan kaedah, teknik, teknologi dan loji-loji pembinaan yang akan digunakan. Faktor inilah juga akan mempengaruhi pemilihan bahan yang akan digunakan.
KEADAAN EKONOMI NEGARA SEMASA TAWARAN KONTRAK
Di antara ketiga-tiga bangunan ini tarikh penawaran kontraknya adalah pada tahun yang berbeza dan dalam jangka waktu ekonomi negara yang berbeza. Perbezaan kos adalah disebabkan oleh kadar bunga pinjaman yang berbeza. Dalam masa ekonomi tertentu juga penawaran harga bahan binaan mahal dan kurang terdapat didalam pasaran. Sesetengah bahan pula terpaksa diimport dari luar negara. Masalah menjadi semakin ketara bila syarikat menghentikan pengeluaran untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.Secara amnya kos indek bahan bangunan berbeza yang menyebabkan permintaan berbeza yang menyebabkan kos keseluruhan dan kos element-element tertentu berbeza.
KAEDAH PENAWARAN KONTRAK DAN TEMPOH PENYIAPAN PROJEK
Kaedah penawaran secara terbuka harganya adalah lebih kompetative dan boleh dipilih harga yang terendah contohnya penawaran pembinaan Zoo Melaka, harga kedua terendah dipilih. Bagi penawaran kontrak pembinaan Quarters ILP dan penawaran kontrak pembinaan bangunan Pejabat di Kulim pula menggunakan kaedah penawaran kaedah rundingan memungkinkan harga penawaran kontrak yang lebih mahal. Penawaran kontrak ini pula juga dipengaruhi oleh adanya factor Cost Flactuation sekiranya ada. Tempoh penyiapan kontrak juga mempengaruhi kos kerana ia juga mempengaruhi kaedah, sistem dan teknologi pembinaan seterusnya pemilihan bahan binaan yang akan digunakan.
ANALISA PENYEDIAAN RUANG MENGIKUT JENIS BANGUNAN
Dari analisa sesebuah bangunan,bangunan pejabat mempunyai wall to floor ratio yang lebih rendah dibandingkan dengan bangunan lain.Ini menunjukkan bangunan pejabat ini lebih ekonomi dibandingkan dengan bangunan Zoo Melaka dan quarters ILP tersebut. Penyediaan ruang yang lebih juga bagi Bangunan pejabat seperti ruang Usable, Ancillary , floor space not enclosed dan functional unit.
Ini adalah disebabkan bangunan ini digunakan sebagai ruang pejabat tempat orang
Bekerja dan tempat pelanggan berurusan berkenaan dengan hal-hal tertentu. Storey height atau ketinggian siling bagi bangunan pejabat juga kurang dibandingkan dengan bangunan untuk Zoo dan Quarters . Ini adalah kerana ruang-ruang pejabat biasanya menggunakan sistem penghawa dingin dan faktor peraturan-peraturan yangditetapkan di dalam Building By-law. Bagi bangunan Zoo pula menyediakan lebih ruang circulation kerana ia adalah tempat rekreasi dan digunakan oleh orang ramai. Tempat tumpuan ini pula berubah-ubah pada jangka masa tertentu dan pada musim tertentu. Bagi bangunan Quarters pula menyediakan lebih ruang usable yang boleh difungsikan kegunaannya sebagai tempat kediaman .
ANALISA KOS BAGI ELEMENT-ELEMENT BANGUNAN
SUBSTRUCTURE
Piling
Zoo Melaka tidak memerlukan kerja-kerja pailing. Bagi quarters ILP cost/m² bagi pailing adalah lebih mahal kerana menggunakan saiz pailing yang lebih besar.walaupun kuantiti pailing yang digunakan pada bangunan pejabat lebih banyak namun harga element unit ratenya adalah lebih jauh murah.
Work Below Lowest Floor Finish
Cost/m² GFA bagi element ini adalah mahal bagi Bangunan pejabat kerana element unit kuantitinya adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan bangunan lain.Pada keseluruhan Group element total kos Bangunan Zoo adalah paling murah kerana ia tidak melibatkan kerja-kerja pailing.
SUPERSTRUCTURE
Frame
Cost/m² GFA bagi Zoo adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Quarters ILP walaupun element unit quantitynya hampir sama dan menggunakan bahan yang sama.Element unit rate bagi Bangunan Pejabat adalah lebih murah dari Element unit rate Quarters ILP. Cost bagi Zoo adalah jauh lebih murah kerana reinforcement yang digunakan adalah sedikit.
Upper floor
Cost/m² GFA bagi bangunan Zoo adalah jauh lebih murah kerana ia menggunakan sedikit sahaja reinforcement. Cost/m² GFA bagi Quarters ILP adalah lebih mahal sedikit daripada bangunan pejabat. Walaupun demikian element unit rate bagi bangunan pejabat adalah lebih mahal sedikit.Ketiga-tiga bangunan ini menggunakan bahan binaan yang sama.
Roof
Cost/m² GFA bagi element ini adalah mencapai RM637.46 bagi bangunan pejabat kerana ia menggunakan bahan steel roofing sheet, universal beam trusses dan G.I gutter. Bagi bangunan Zoo pula Cost/m² GFA adalah RM 248.93 kerana ia menggunakan bahan 0.43 BST “Ajiya Euro” zinc coated steel roofing sheet on steel roof trusses juga. Bagi Quarters ILP pula Cost/m² GFA bagi element ini adalah jauh lebih murah iaitu RM81.79, walaupun ia menggunakan bahan yang sama iaitu metal decking roofingsheet dan steel trusses.
Stairs
Cost/m² GFA bagi Quarters ILP adalah lebih mahal dibandingkan dengan dua bangunan lagi. Sedangkan bangunan Zoo juga menggunakan bahan yang sama dan kemasannya pula adalah daripada White Horse ceramic tiles finish, timber dan mild steel handrails. Bangunan Zoo dan bangunan pejabat menggunakan bahan yang sama dan menggunakan stainless steel balustrades.
External walls
Cost/m² GFA dan element unit rate bagi bangunan pejabat adalah tinggi dibandingkan dengan dua bangunan lagi yang mempunyai kos yang hampir sama.Ini kerana bangunan pejabat mempunyai dinding luar yang menggunakan 115mm tebal, 230mm tebal dan terdapat dinding konkrit bertetulang.
Internal wall and partation
Cost/m² GFA dan element unit rate bagi bangunan Zoo adalah mahal dibandingkan dengan dua bangunan lagi kerana ia menggunakan dinding setengah bata dan menggunakan ‘Artwright MX Classic demountable partitions. Sedangkan bangunan Quarters ILP menggunakan dinding setengah bata dan bangunan pejabat menggunakan dinding setengah bata dan satu bata.
FINISHES
Internal wall finishes
dan element unit rate kemasan dinding bagi bangunan pejabat adalah mahal kerana kemasannya menggunakan homogeneous tiles,walcreate dan painting.Bagi bangunan Quarters pula Cost/m² GFA adalah lebih mahal dari bangunan pejabat, tetapi element unit rate pula lebih murah dari bangunan pejabat. Ini kemungkinan bangunan Quarters mementingkan kualiti kerana ia adalah rumah kediaman. Cost/m² GFA dan element unit rate bagi bangunan Zoo pula murah kerana ia hanya menggunakan plaster, cat dan ‘White Horse’ ceramic wall tiles.
Internal floor finishes
Cost/m² GFA bagi bangunan Quarters adalah tinggi jika dibandingkan dengan dua bangunan lagi. Tetapi element unit ratenya lebih kurang sama kerana ketiga-tiga bangunan ini menggunakan bahan kemasan lantai yang sama.
Ceiling finishes
Cost/m² GFA dan element unit rate bagi bangunan Zoo dan Quarters ILP adalah lebih kurang sama kerana ia menggunakan bahan yang sama. Tetapi kos bagi bangunan pejabat adalah tinggi kerana ia menggunakan siling gantung.
SERVICES
Jumlah kos element services bagi bangunan Zoo adalah tinggi kerana ia melibatkan kos services seperti sanitary appliances, plumbing installation, air-conditioning, electrical installation dan fire protection installation. Jumlah kos bagi bangunan pejabat dan Quarters ILP adalah rendah kerana ia hanya melibatkan keperluan bangunan seperti bekalan air dan system pembuangan najis sahaja.
MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MENGANALISA
1. Specifikasi bahan tidak dinyatakan dengan jelas .
2. Bilangan tangga atau element unit quantity tidak dinyatakan.
3. Gabungan element yang tidak sama diantara satu elemental cost analysis dengan elemental cost analysis lain contohnya bagi element window. Ada yang digabungkan dengan external door dan ada juga yang tidak digabungkan.
4. Kuantiti bahan tidak dinyatakan dengan jelas contohnya kemasan dinding dalam, tidak diketahui berapa kuantiti ceramic tiles yang digunakan dan berapa pula kemasan cat yang digunakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment