Tuesday, November 10, 2009

kaedah pengumpulan data

Kaedah Pengumpulan Data

Sumber rujukan yang akan dijalankan untuk memenuhi objektif penyelidikan dan pengumpulan data diperolehi dari pelbagai sumber seperti soal selidik, temubual, perbincangan dan pemerhatian.

1. Soal Selidik
Soal selidik dijalankan untuk memperolehi data-data untuk dianalisis dan dijadikan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Ini adalah kerana data-data tersebut tidak dapat diperolehi daripada bahan–bahan rujukan. Soal selidik tersebut seterusnya diproses dan ditaksir mengikut kesesuaian tajuk dan hipotesis sebenar kajian ini. Borang soal selidik yang akan disediakan adalah berbentuk closed ended iaitu soalan yang disediakan jawapannya. Responden yang dipilih secara rawak dikehendaki memilih jawapan yang sesuai bagi dirinya bertujuan untuk memperolehi data yang objektif. Jawapan daripada responden ini hanya diberikan lima pilihan; sangat tidak setuju, tidak bersetuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Borang-borang soal selidik akan dihantar kepada seramai 60 orang responden melalui kaedah secara serahan tangan.

2. Temubual
Temubual akan diadakan terhadap pihak pengurusan dengan tujuan bagi mendapatkan maklumat dan pemahaman tentang kajian ini. Melalui temubual secara peribadi, Penyelidik akan berpeluang menerangkan tujuan penyelidikan yang sedang dijalankan dengan terperinci, menjelaskan soalan-soalan yang kurang difahami oleh responden dan bebas untuk menukar cara menyoal berdasarkan reaksi responden. Selain itu, penyelidik boleh menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai maklumat yang ingin diperolehi serta sebarang pertanyaan atau keraguan yang timbul sepanjang tempoh penyelidikan.

Soalan-soalan yang dikemukan akan disediakan terlebih dahulu oleh penyelidik untuk memastikan maklumat yang akan diperolehi nanti adalah mencukupi dan bersesuaian dengan tajuk penyelidikan, objektif kajian dan kepentingan kajian yang dibuat.

3. Pemerhatian
Di samping menemubual, pengkaji juga akan mencari kesempatan bertindak dari semasa ke semasa dengan hanya mendengar dan memerhatikan keadaan responden tentang skop kajian yang dijalankan. Pengkaji sentiasa bergaul dan menyesuaikan diri untuk mendapatkan maklumat melalui perhubungan rapat dengan responden dan pihak pengurusan sebagai pemberi maklumat.

4. Data Skunder
Maklumat mengenai data sekunder boleh diperolehi dari punca atau sumber lain meliputi internet, buku ,majalah dan jurnal. Petikan akhbar dan sebagainya juga akan digunakan dalam pengumpulan data dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment